BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Myspace Clocks, Flowers Clocks at WishAFriend.com
Photo Flipbook Slideshow Maker

Selasa, 3 Mei 2011

Ahad, 24 April 2011

Penguasaan Bahasa Melayu di Kalangan Murid-murid Pekak

Mengapa Bahasa Melayu (BM) Sukar Dikuasai Oleh Murid-Murid Pekak?

Telah dibuktikan bahawa dari aspek linguistik, BM merupakan satu bahasa yang sukar dipelajari oleh murid-murid pekak. Malah dapatan daripada beberapa pengkaji terhadap murid-murid Cina dan India yang mempelajari BM mendapati mereka juga sukar menguasai BM walaupun mereka dapat mendengar. Dipercayai murid-murid Cina dan India sudah dapat menguasai BM dengan lebih baik kerana kebanyakan mereka adalah kelahiran Malaysia berbanding dengan ibu bapa mereka yang berhijrah ke sini. Berasaskan perbandingan dapatan di atas, mungkin sebab-sebab berikut berupa penyumbang kepada kesukaran murid-murid pekak mempelajari BM, antaranya:

(i) Tidak mengalami proses ‘memperolehi BM’ tetapi ‘mempelajari BM’. Hal ini sama dengan penutur bahasa asing yang mempelajari BM. Bahasa pertama murid-murid pekak adalah Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) dan bahasa pertama murid-murid India adalah Tamil, Cina-Hokien atau Kantones.

(ii) Tidak mendapat pendedahan awal, seperti semenjak lahir sehingga bersekolah. Kebanyakan mereka datang ke sekolah dengan kosa kata yang terhad dan sukar memahami BM.

(iii) Kelemahan dari aspek pedagogi, iaitu tidak ada kaedah khas untuk mengajar BM kepada murid-murid pekak.

(iv) Kelemahan dari aspek praktikal/penggunaan KTBM sebagai medium/mod komunikasi di sekolah. KTBM dicampuradukkan dengan BIM dan hal ini sangat mengelirukan.

(v) Sifat BM yang agak kompleks untuk dipelajari.

(vi) Pengaruh BIM ke atas BM


http://www.angelfire.com/journal2/abdullahyusoff/seminar_ukm.html

Jumaat, 4 Mac 2011

SUKAN TAHUNAN KALI KE 8 SKTPSP, 26 FEB 2011









Rabu, 23 Jun 2010

Kelas kami..




Terima kasih yang tidak terhingga kepada PPM Nurhanani....Thank you very much...

Isnin, 8 Mac 2010

Isnin, 22 Februari 2010

Aktiviti sand art dan cross stich...

Rabu, 30 September 2009


Masalah pendengaran dan telinga anda.


Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang2 berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, adalah penting untuk mengenali telinga anda terlebih dahulu.

Struktur telinga anda.

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus) , ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran.

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.
Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut!
*Meminta percakapan diulang berkali-kali
*Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
*Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan.
*Sukar memahami perbualan di tempat bising
*Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari
*Sukar memahami perbualan telefon
*Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
*Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
*Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
*Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher.
*Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
*Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
*Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)

Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri-ciri seperti di bawah,
bawalah mereka menemui doktor untuk pemeriksaan pendengaran!

*Tidak bertindak balas terhadap bunyi
*Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
*Tidak memahami / silap memahami arahan
*Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun
*Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri
*Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
*Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
*Lewat bertutur
*Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
*Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan
*Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan
*Telinga sering berair atau bernanah
*Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
*Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
*Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung.

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.