BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Myspace Clocks, Flowers Clocks at WishAFriend.com
Photo Flipbook Slideshow Maker

Rabu, 30 September 2009


Masalah pendengaran dan telinga anda.


Masalah pendengaran bukanlah suatu masalah yang jarang2 berlaku di dalam masyarakat kita. Malah dalam dunia ini, masalah pendengaran dihadapi oleh setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai masalah pendengaran yang anda hadapi, adalah penting untuk mengenali telinga anda terlebih dahulu.

Struktur telinga anda.

Secara fizikal, telinga boleh dibahagikan kepada tiga iaitu telinga luar, telinga tengah dan telinga dalam (Gambarajah 1). Telinga luar terdiri daripada cuping telinga dan salur telinga anda. Manakala telinga tengah merangkumi gegendang telinga, tulang osikel (incus, stapes dan maleus) , ruang telinga tengah serta tiub Eustachian (yang menyambungkan bahagian telinga tengah ke tekak) .

Telinga dalam pula terdiri daripada koklea, salur separuh bulat dan saraf auditori iaitu saraf pendengaran yang menghantar maklumat pendengaran dari koklea ke otak untuk ditafsirkan. Di otak pula, terdapat pusat pendengaran yang akan memproses maklumat yang sampai dan maklumat-maklumat ini akan ditafsirkan sebagai pendengaran. Disebabkan hal inilah, kita dapat menikmati sensasi pendengaran.

Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga yang telah dinyatakan tadi haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.
Berhati-hati jika anda mengalami tanda-tanda berikut!
*Meminta percakapan diulang berkali-kali
*Bercakap dengan nada suara yang lebih kuat daripada biasa
*Tidak memahami arahan yang diberikan atau silap memahami arahan.
*Sukar memahami perbualan di tempat bising
*Terpaksa memalingkan kepala ke arah sumber bunyi dalam usaha untuk memahami apa yang didengari
*Sukar memahami perbualan telefon
*Toleransi terhadap bunyi bising berkurang
*Suka memencilkan diri dari bergaul dan berbual
*Terdedah kepada bunyi yang sangat kuat
*Terlibat dalam kemalangan yang melibatkan kecederaan di bahagian kepala dan leher.
*Terdapat ahli keluarga yang juga mempunyai masalah pendengaran
*Pengambilan ubat ototoksik (anti-histamin, anti-diuretik dll)
*Menghidap penyakit sistemik (kencing manis, hiperkolesterol, buah pinggang dll)

Perhatikan anak-anak anda. Jika mereka mempunyai salah satu ciri-ciri seperti di bawah,
bawalah mereka menemui doktor untuk pemeriksaan pendengaran!

*Tidak bertindak balas terhadap bunyi
*Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
*Tidak memahami / silap memahami arahan
*Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun
*Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri
*Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
*Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan daripada mendengar
*Lewat bertutur
*Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
*Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan
*Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah selepas dilahirkan
*Telinga sering berair atau bernanah
*Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
*Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
*Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll jangkitan kuman semasa mengandung.

Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan.

Khamis, 10 September 2009

Stil searching for the best article about deaf..so, tunggu......

Rabu, 5 Ogos 2009

Karnival Kokurikulum SKTPSP(5 Ogos 2009 Rabu)


Bersama team Koir Kelab ICT sebelum pertandingan.
Team ini terdiri dari murid tahun 6&5(Aliran Perdana)
Guru Pembimbing? Sayalah.....hehe


Bersemangat mendendangkan lagu Warisan



Tahniah! Keputusannya: Naib Johan..




Ahad, 19 Julai 2009

Jom Belajar Sign Language





click link below to learn more....Good Luck..



































Sabtu, 18 Julai 2009

LAWAK PEKAK



Satu hari, seorang lelaki menemui doktor dan menyatakan kebimbangannya terhadap tahap pendengaran isterinya...dia bimbang isterinya akan jadi pekak...jadi doktor tu pun suruh dia pulang dan test pendengaran isterinya sekali lagi...
Jadi,suatu hari semasa isterinya sedang memasak, dia pun tegur isterinya dari belakang...
"Sayang...masak apa hari ni?"...isterinya tidak menjawab...diam je....Lepas tu, dia pegi dekat sikit kat isteri dia dan dia tanya sekali lagi...
"Sayang masak apa hari ni?"...dengan nada suara yang agak kuat sedikit..isterinya masih tak menjawab...
lalu dia pun mula pergi berdiri betul-betul belakang isteri dia lalu bertanya dengan nada suara yang kuat...
"SAYANG MASAK APA HARI NI!!!!!!!?"...
Kemudian, isteri dia pun berpaling lalu menjawab dengan nada selamba,
"Abang ni...kan dah tiga kali saya cakap, hari ni saya masak sambal tumis udang..."
Hehehe....Ulasannya....Siapa yang pekak?...

Rabu, 15 Julai 2009

Lagenda Pekak









Photo © Library of Congress
One of the most inspiring deaf or deafblind women is Helen Keller. Even today, her story fascinates people.

Helen Keller's Early Childhood


Helen Keller was born June 27, 1880 in Tuscumbia, Alabama. An unidentified illness took her hearing and sight when she was only 19 months old. After losing both, she became wild and uncontrollable due to her inability to communicate and learn.
Anne Sullivan Comes Into Helen's Life
Almost as well known as Helen Keller is the work of Anne Sullivan, who became her teacher in 1887, working in a role that today is known as an intervenor. Helen finally learned that things have names when Sullivan had the famous "water" breakthrough, fingerspelling "water" into Helen's hand and pumping water for Helen to feel.

Helen Keller's Further Progress


After that breakthrough, there was no stopping Helen Keller. She went on to attend a school for the blind and other schools, learned how to talk, learned how to lipread with her fingers, and graduated from Radcliffe College.

Helen Keller's Adulthood


Helen Keller never lived independently (unlike today where many deafblind people live independently). She always lived with either Anne Sullivan (and for a few years, Anne Sullivan's husband too), or Polly Thompson who joined the household in the 1930s and stayed on after Sullivan passed away in 1936. Among the many things that Helen Keller was famous for saying was her statement that deafness was a "greater affliction" than blindness. Helen Keller passed away on June 1, 1968.